Jawapan:
1. Gunakan OPAC untuk mencari sumber yang diperlukan kerana kemudahan ini membantu anda mengenalpasti nombor panggilan, lokasi, bilangan buku dengan judul yang sama dan status kebolehpinjamannya.
2. Gunakan nombor pengelasan Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey (DDC) untuk mengesan tempat letak bahan yang diperlukan:
Catatan:
Menurut DDC, di bawah kategori Karya AM 000, nombor-nombor pengelasan diberi mengikut subjek perkara menurut prinsip & struktur:
004 Data processing & computer science
005 Computer programming, programs & data 006 Special computer methods
(OCLC, 2011)
Jika anda ingin mencari maklumat mengenai:Perisian Komputer
i) Buku mengenai bahasa pengaturcaraan (Programming languages) spt PHP & MySQL, VIsual Basic, XML, & tutorial mengenai penggunaan pelbagai perisian komputer seperti MS Office, Photoshop dsb.
Di bawah kategori Karya Am 000
005 - 006 Perisian utiliti seperti MS Office, Adobe Photoshop, Illustrators, Authorware,
Acrobat ... PHP & My, Javascript dll..
ii) Jika anda ingin mencari perisian komputer untuk reka bentuk grafik, lukisan, penyuntingan foto dll.
Di bawah kategori Kesenian 700
741.60 Adobe Illustrator
778 Penyuntingan Video
Internet & Laman Web
iii) Jika anda ingin mencari buku rujukan mengenai Internet ataupun pembangunan laman web
Di bawah kategori Karya Am 000
004.67 Internet (pengetahuan am), rangkaian (networking, firewall) dan lain-lain lagi
005 - 006 Reka bentuk dan pembangunan laman web
021.65 Internet dengan perpustakaan, pengurusan maklumat
Di bawah kategori Sains Gunaan/ Teknologi 600
650.02 Penggunaan Internet untuk tujuan perniagaan
Perkakasan Komputer
Jika anda ingin mencari maklumat mengenai perkakasan komputer
Di bawah kategori Karya Am 000
004 Minicomputers
Di bawah kategori Sains Gunaan/ Teknologi 600
658 Teknologi Komputer
Rujukan
http://www.deweybrowse.org/
OCLC. (2011). Dewey Classification Summaries. Accessed October 24, 2011 from
http://www.oclc.org/dewey/resources/summaries/#thou
Singapore. National Library Board. (2011). OPAC. http://catalogue.nlb.gov.sg/
No comments:
Post a Comment