WebQuest: Is it really just a CLICK away?

Pelaksanaan projek pembelajaran gaya WebQuest diasaskan oleh Bernie Dodge dan Tom March (1995) memberikan penekanan gaya pembelajaran inkuri di mana pelajar berusaha memperoleh maklumat secara web-based.

Benarkah maklumat ini tersedia di hujung jari, pelajar hanya mengeklik tetikus sahaja untuk mengesan dan memperoleh maklumat?

Adakah ini bermakna, guru tidak perlu membuat persediaan?

Sebenarnya, gurulah yang membuat perancangan dan penyediaan rangka program pembelajaran dan menggariskan proses pelaksanaan dan senarai dan URL yang membolehkan pelajar mencari maklumat. Lebih-lebih lagi, guru menyediakan templat (jika perlu) sebagai panduan pengurusan dan penghasilan produk pembelajaran

Secara umum, WebQuest menyediakan panduan pelaksanaan projek pembelajaran mengikut kategori/ langkah-langkah yang berikut:
  • Introduction (Pengenalan)
  • Task (Tugasan)
  • Process (Proses)
  • Evaluation (Penilaian)
  • Conclusion (Kesimpulan)
  • Credits (Penghargaan)
  • Teacher Page (Maklumat untuk Guru)
Dengan ini, guru yang ingin meminta pelajar membuat suatu projek, perlu membuat perancangan dan persediaan terlebih dahulu mengikut aspek / kategori yang tersenarai di atas.

Anda boleh memperoleh maklumat lanjut dengan melawati laman-laman web yang berikut:

WebQuest.Org. (2007). Creating WebQuest.
Makluman dan pautan untuk menyediakan projek WebQuest.

WebQuest.Org. (1999). The original one-page WebQuest template.
Templat asal yang terdiri daripada 1 halaman sahaja.

Schellengberg, Dan. (2004). WebQuest templates.
Templat dalam pelbagai gaya dan corak rekabentuk, ia lebih menarik dan moden daripada versi asal.






No comments:

Post a Comment